TEMPAT MENARIK DI KELANTAN
Taman cendawan adalah salah satu tempat yang menarik di Taman Pertanian Malaysia.Taman seluas 2 hektar ini menyediakan berbagai-bagai spesis cendawan liar yang terdapat di seluruh Malaysia

Untuk memberikan maklumat yang lebih kepada pengunjung taman ini, Sebuah Muzium Cendawan di bina di taman ini.Muzium ini memberikan maklumat tentang berbagai jenis cendawan, cara penanaman cendawan dan bahan -bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cendawan.
Terdapat berbagai jenis cendawan di Malaysia.Ada yang boleh dimakan dan sudah tentu menambah selera . Ada juga yang beracun dan ditanam bagi tujuan kajian dan sains.
Ini adalah antara beberapa jenis cendawan yang disimpan di Muzium ini.

Pasar Besar
Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah diambil
bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga
wanita yang berjaya. Pasar Siti Khadijah adalah pasar yang paling terkenal di
Kelantan.Di pasar ini semua jenis barangan ada dijual di antaranya makanan,
sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah ratus, barangan kraftangan tembaga
dan perak dan banyak lagi. Satu perkara yang unik di Pasar Siti Khadijah adalah
semua peniaganya adalah sebahagian besarnya adalah wanita di samping mengenakan
perhiasan emas seperti rantai leher, gelang tangan yang agak banyak.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan
menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15
minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Tidak lengkap
jika melancong ke Kelantan jika tidak melawat perkampungan nelayan yang banyak
terdapat di Kelantan.Salah satu yang paling popular adalah perkampungan nelayan
di Pantai Sabak,14 kilometer(km) daripada bandar Kota Bharu.
Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan adalah melihat nelayan membawa hasil
tangkapan pulang pada lewat petang,melihat keindahan bot-bot nelayan yang
berwarna-warni bersama hasil tangkapan pada hari itu.Keriuhan suasana dengan
suara nelayan dan pembeli di tepi pantai menimbulkan suasana yang sangat
meriah.Aktiviti lain yang di lakukan di perkampungan nelayan adalah membuat ikan
kering dan menjahit pukat.

Pantai Sri Tujuh merupakan tempat yang berlangsungnya Pesta wau antarabangsa. Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujuh yang teletak di Tumpat, 7 km daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik.

Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dahulunya PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Keindahannya dihiasi dengan pokok Ru dan pokok kelapa bagi pengunjung menikmati keindahan pantai ini. Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.